I don't even remembered bila start pindah duduk Rawang. Ekeke.
BUT it was since awal Semester 4 jugalah. Masa tu, orang lain semua sibuk nak daftar masuk Semester 4, tapi aku sibuk uruskan hal nak berhenti dari kolej.
Seriously, aku rasa berat hati okay masa tuu tapi nak buat macam mana kalau dah hati berat nak sambung, daripada menghabiskan masa dan duit baik kita cari Option lain yang mungkin lagi bagus, ye dak?
Okay dah ingat, aku start pindah Rawang masa akhir tahun 2013, masa tuu Struggle gila susun barang mana yang nak dibawa balik. Haha. Aku ingat lagi, aku tak bagitau sesiapa punn aku uruskan hal nak berhenti, cuma Ekinn jee aku bagitau kot. Kotlah. Kiteorang habiskanlah masa bermasa, pergi Karoake, Jalan-jalan, dll. Serious talk, memang sangat sedih okay :(
Skip kan hal kolej, sekarang masuk hal 2014.
Dari bulan Januari sampai awal bulan Ogos, aku menganggurlah. Duduk rumah nak menternak badan yang sedia ada besar. Haha. Bosan gila. Duduk rumah, buat kerja rumah, tengok tv, makan dan tidur. And then*REPEAT* :D
Memanglah duduk rumah buat semua tuu mak bagi gaji dalam RM50 untuk stok to-pup tapi kalau dah kes sampai membesarkan perut, aduhhh habislah nak. Membesarlah aku dengan jayanya!
Hahaha. So istilah kurus dah tak ada dah, sebab aku dah give up nak fikirkan pasal kurus murus ni lagi.
Awal bulan Ogos, not sure berapa haribulan tapi lepas rayalah, aku start cari kerja. Cari sana sini, melilau kilang sana sini tapi hampeh sebab tak dapat. Haha. Ehh lupa, bulan Jun pun dah dapat kerja, SAKAN tapi gaji tak sedap lagi masa tuu. Dia offer gaji RM650 tak termasuk overtime setiap hari selama 2 jam. Masa tuu dah nak puasa kan, bila dah sure dapat masuk situu, dan-dan abah aku tak bagi, alasannya Acoi tak ada siapa nak bagi makan lepas buka puasa. Then what should I do babe? Kebetulan Bookworm pun dah panggil interview okay! Again, what should I do?! Haha. Makanya dengan jayanya lagi aku tak bekerja sampailah bulan Ogos. Masa tuu aku dah dapat kerja, kedai Hardware which aku jadi cashier. Serious aku cakap, memang bestlah, cuma satu kena berdiri whole the time! Which from 10 a.m. till 10 p.m. Kau rasa nak? Haha. Dan lagi satu kesukarannya, kena ingat semua kod barang yang bukannya sikit nak kena ingat *pengsan*
Masa hari ketiga aku kerja, masuk sorang customer yang aku sebenarnya tak perasan dia SOMBONG, KEDEKUT, EGO, dll tuu offer aku kerja dengan dia dekat klinik gigi. Emm kalau kau, kau tak nak kerja klinik yang duduk all-the-time dan ber'air-cond toqq! Haha. Immediately, aku pun hantar message kat mak. Mak kata pergi jela interview. Tanya semua benda. So rehat tuu aku pun pergi, sepatutnya rehat aku tu satu jam sahaja tapi terlebih setengah jam. Bersoal jawab juga lah. Huhu.
Masa interview tuu memang cuak babe, dia TEGAS! Suara dia lantang, dan dia suruh aku speaking which aku sangat tak suka ok! Huhuhuhuhuu. Dan macam-macam dia tanyalah. Basic RM900 tak termasuk overtime. Okaylah jugak daripada kerja Hardware RM900 tapi tak ada overtime. So lepas habis jee aku balik kat tempat kerja dan bagitau lah yang aku dah dapat keja lain dan nak berhenti dan yang paling penting mak suruh tanya, kalau tiga hari kerja ni dapat gaji tak. Haha!
05.08.2014 - tarikh mulanya aku kerja dekat klinik gigi. Masa tuu aku set dalam otak yang kerja klinik gigi tak seramai klinik medical. Ahhh, aku salah, lepas beberapa hari aku kerja klinik baru tuu, aku dipindahkan ke klinik lama. Dekat kawasan yang sama cuma agak jauh. Kat sana tak payah cakap, memang ramai toqq! Penat tuu tak usah cakap lah eh. Huhu.
Masa kerja situu semua nampak indah belaka tapi tunggulah kepulanganku untuk edisi kedua dimana akan ku dedah sikit-sikit kepandaian dia bermain dengan kata!
Adios!
Thanks for reading this entry! *talk to myself*
Kbyeeeeeeeeeeeeeeeeeee